Al kisah datanglah seorang ibu bertaraf miss J kepada seorang lelaki yang menjadi pujaan hatinya sejak sekian lama.Maka perhubungan yang manis pun mula terjalin.
Hubungan menjadi semakin rapat dengan sang lelaki turut menumpahkan kasih sayang bukan saja kepada miss J tadi tetapi juga kepada anak2 miss J.Memang menepati ciri2 bakal bapak tiri mithali.
Rupanya dalam diam sang lelaki menaruh perasaan pada anak bungsu miss J yang cantik rupawan.Yelah,kalau nak dibandingkan dengan maknya yang sudah dua kali menjanda tentulah tak upaya nak membangkitkan nafsu berahi sang lelaki yang sudah berdekad berstatus bujangan.
Anaknya muda-belia.Cantik pula tentu lah tak tertahan sang lelaki melihat peluang di depan mata.Lantas ayat2 power pun disusun.Agaknya dah memang nasibnya bertuah si gadis sunti 22 memberi respon.Memang bodoh punya gadis sunti.
Maka mengamuk lah Miss J seantero alam bila mengetahui lelaki pujaan kalbunya ada affair dengan anaknya sendiri.Malu lah dia!Mana dia nak letak muka sedangkan kawan2,jiran2 semua sudah tau dia memang pernah menjalin hubungan dengan sang lelaki walaupun sang lelaki tegas menyatakan dia tidak pernah mengucapkan ungkapan keramat i love u kepada Miss J.
Anda nak kata siapa salah?Miss J?Sang lelaki?Anak Bungsu Miss J?Kita mestilah mengutamakan ahli keluarga sendiri apatah lagi ibu sendiri.Andainya ibu kita ada perselisihan dengan seseorang apakah patut kita pula bermesra-mesraan dengan individu tersebut?Di mana letak kewarasan hati nurani kita sebagai manusia.
Saya tidak menyarankan pemanjangan permusuhan tetapi tindakan si gadis sunti di dalam cerita di atas sangatlah menimbulkan amarah.Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan si ibu apatah lagi si ibu kini jadi tumpuan massa lantaran sang lelaki kununnya public figure.Kesian si ibu dikhianati anak sendiri.Moga dia tabah menghadapi cubaan.
Saturday, March 13, 2010
Drama Dalil Cinta-1 Kritikan Sosial
Drama yang disiarkan di Tv3 pada 6 Feb ini memang merupakan sebuah naskhah seni yang up to date.Kemungkinan lahirnya karya ini berikutan kesedaran penulis skrip drama ini terhadap 1 fenomena yang melanda dunia artis tempatan,perceraian!
Walaupun drama ini mengambil plot berlatar-belakangkan kisah orang biasa tapi intipatinya tetap sama walau apa kelas pun sesebuah pasangan itu.Drama tersebut yang diterajui oleh Fahrin Ahmad dan Syarifah Amani mengkritik trend yang melanda para couple zaman ini yang terlalu terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga.
Perkahwinan memang 1 trend yang sangat dominan pada zaman ini.Saya katakan 1 trend bukannya 1 keperluan.Buktinya mudah,majlis resepsi diatur dan dirancang sebegitu grand tanpa risau akan kosnya.Memang la dahulu pun kenduri-kawin memang dititik-bertkan oleh masyarakat kita.Tapi dahulu ibu bapak yang beria-ia sedangkan bagi anak-anak asal boleh kahwin sudahlah.
Namun bagi kebanyakan muda-mudi zaman ini kemegahan majlis perkahwinan mereka adalah segala-galanya sedangkan substances yang menegakkan perkahwinan itu tidak dititik-beratkan.Apakah para muda-mudi ini benar-benar telah bersedia dari segi mental dan fizikal?Ilmu kerumahtanggaan bagaimana?Memang ramai juga pasangan yang "boleh lepas" tanpa persediaan-persediaan berkenaan tapi beringat sebelum terkena adalah lebih baik.
Zaman ini perempuan dan lelaki adalah sama taraf,kedua-dua kebanyakannya memiliki karier sendiri.Makanya sudah tentu masing-masing ada ego tersendiri yang mudah meruap.Ini berbeza dengan zaman tiga-empat dekad dahulu.Zaman itu hampir 90% perempuan bergantung hidup kepada suaminya kerana tidak ada sumber pendapatan sendiri.Kalaupun ego tu tinggi terpaksalah disembunyikan dan memendam dan menjeruk ras.
Berbeza dengan wanita zaman ini,segala-galanya diluah dan dimuntahkan.Inilah saya lihat sebagai punca utama perceraian di kalangan muda-mudi hari ini kerana masing-masing merasakan diri tu besar.Di tambah lagi dengan punca klasik iaitu segalanya manis semasa bercinta namun bila sudah hidup bersama segala pekung akan terdedah.
Kebanyakan dari kita akan berkata kita memahami kecenderongan pasangan kita dan menerima mereka seadanya.Namun biasanya itu itu sekadar menanam tebu di tepi bibir saja.Saya jugak sedekit tersentuh dengan sindiran drama ini yang memprotes kegagalan Nisa memiliki sifat2 kewanitaan sejati adalah disebabkan ibunya yang tidak memberi peluang untuk Nisa membuat kerja2 dapur kerana ibunya itu tidak mempercayai orang lain "menguasai" dapurnya.
Menang tidak wajar kita menyalahkan orang lain apatah lagi ibu sendiri namun wajar juga hujah tersebut diteliti.Demikianlah sedikit sebanyak ulasan saya tentang isu ini.Kepada pasangan yang mengalami masalah rumahtangga,jikalau memang hubungan anda tidak dapat diselamatkan jalan sebaiknya berpisahlah secara baik.Terutamanya bagi Sang lelaki yang mempunyai sedikit lebih kuasa dalam sesebuah perkahwinan gunakanlah sebijak-bijaknya!Bagi sang isteri pula sebesar mana pun karier anda,walau semoden mana pun anda janganlah lupakan dapur.
sekian wallahuaklam..
p/s kemunculan Tania sebagai maksu zareef buatkan daku terkenang zaman dolu-dolu,zaman drama spektra hehe

Wang Ehsan Minyak Kelantan-1 analisis alternatif
Rakyat Malaysia yang bijak2 kala ini tentunya lebih mengetahui apa fakta kes yang sebenarnya berlaku dalam kemelut perdebatan royalti atau wang ehsan melibatkan hasil minyak di perairan Kelantan yang tengah panas sekarang ini.Isu tuntutan royalti minyak ini mula muncul semasa Pilihan Raya Kecil Manik Urai lalu.
Pada ketika itu UMNO berhujah bahawa Kerajaan Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kawasan telaga minyak tersebut berada dalam zon pertindihan antara Thailand dan Malaysia.Melalui hujah tersebut saja kebenaran sudah terserlah bahawa UMNO ketandusan hujah untuk menutup tindakan mereka menafikan hak royalti Kelantan ke atas hasil minyaknya sendiri.
Agak lucu bila UMNO berkata Kelantan tidak berhak mendapat royalti sebab ada pertindihan dengan Thailand sedangkan kita sedia tahu bahawa walaupun memang ada pertindihan tapi Malaysia dan Thai sudah bersetuju untuk membahagikan sama rata hasil di kawasan telaga minyak terbabit.Keputusan Najib yang mahu meluluskan peruntukan RM20juta atas nama wang ehsan kepada JKPP Kelantan juga sepintas lalu dilihat tindakan yang menjejaskan kredibiliti UMNO.
Tindakan ini membuktikan bahawa Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak dan penafian sebelum ini hanya semata-mata bermotifkan politik.Sepatutnya UMNO kalau tak mau bagi royalti baik teruskan saja hujah2 Tadika yang telah dikeluarkan sejak PRK Manik Urai dulu.Dengan memberi wang ehsan nama telah tercemar.
Namun saya fikir strategi Najib mungkin tidak sedangkal yang disangka.Tindakan beliau itu sebenarnya adalah untuk membeli undi rakyat Kelantan.Strategi Santa Claus mungkin digunakan.Melalui JKPP rakyat Kelantan akan mendapat goodies seperti rumah2 untuk rakyat termiskin,laptop untuk pelajar sekolah,biasiswa untuk anak Kelantan yang berjaya ke Universiti dan sebagainya.
Ya memang tindakan yang bijak tetapi saya suka mengusulkan kepada rakyat Kelantan agar terima pemberian UMNO itu dengan hati terbuka tetapi jangan sama sekali beri undi kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Sekiranya UMNO berkuasa di Kelantan nanti tentunya wang ihsan bertukar menjadi royalti yang mencecah angka bilion Ringgit.
Membazir saja nanti kerana UMNO zaman semasa dan pasca Mahathir neh pandainya tak boleh diikut.Wang minyak habis begitu saja membina benda yang bukan2 atas nama pelaburan.Akhirnya yang untong sekerat dua kronis saja.Rakyat kebanyakan tengok saja la dengan air liur menjelejeh....

Friday, March 5, 2010
SAYA SETUJU SERATUS PERSEN
Saya Setuju Seratus Persen!Banyak mutiara-mutiara ilmu yang dapat saya kutip selama sejam rancangan bual bicara Soal Jawab bersama Datuk Seri Utama Rais Yatim,Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia isnin lalu di Tv3.
Saya setuju dengan sanggahan Datuk seri utama Rais Yatim bahawa berbahasa sekerat belut sekerat ular semata-mata untuk rasa dan nampak gah.Saya setuju seratus persen.Kata beliau marilah kita kembali ke pangkal jalan.Kembali mengutuhkan Bahasa Kebangsaan.
Namun ada juga hujah beliau yang saya tidak setuju juga seratus persen.Beliau cakap orang Tamil di Madras,orang mandarin tidak merojakkan bahasa ibunda mereka.Tidak benar sama sekali wahai sang menteri.Terjahan beliau itu samalah anggapan umum di kalangan orang Melayu bahawa orang Melayu sajalah yang suka berhibur,suka bermain,suka melepak dan bersantai-santai dan seumpamanya.
Saya bertanya apakah kaum-kaum lain tidak begitu?Zaman ini Bahasa Inggeris menyusup masuk umpama air bah yang tidak dapat dibendung-bendung lagi ke dalam bahasa-bahasa yang wujud di atas muka bumi ini bukan khusus buat Bahasa Melayu saja.Justeru terjahan sedemikian nampak seolah-olah berdasarkan sentimen semata.
Dalam pada itu perantara Dato Manja Ismail ada juga menyentuh mengenai arahan Menteri Penerangan agar stesen-stesen radio menyiarkan lagu-lagu tempatan.Hal ini juga telah dikupas dengan tajam dan sangat mengesankan oleh penulis pojok Siti Jarum dalam Pancaindera,Mingguan Malaysia 28 Feb.Datuk Seri Rais berkata arahan beliau itu adalah demi untuk membela penggiat seni tempatan yang baru nak muka bertapak.
Janganlah dibandingkan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dengan majoriti artis Malaysia.Majoriti artis kita tidaklah ada aura sekuat Mawi atau Siti yang mampu memikat dan memukau peminat dalam sekelip mata.Justeru mereka memerlukan dokongan stesen radio tempatan.Bila lagu diputar setiap hari barulah datang peminat.Dalam pertanyaan-pertanyaan Datuk Manja itu saya dapat mengesan seolah-olah ada salah pengertian tentang arahan Menteri Pemerangan tersebut.
Bahkan keesokan harinya ada kolumnis yang membuat spekulasi bahawa stesen radio akan bungkus sekiranya syarat wajib siar lagu2 tempatan dikuatkuasakan.Mungkin saya silap tapi menurut kefahaman saya arahan kementerian itu bermaksud bahawa setiap stesen radio perlu memutarkan lagu2 baru tempatan yang hanya sesuai mengikut specialties stesen berkenaan sahaja.Umpamanya nasyid bikinan Hijjaz atau Rabbani disiarkan selalu di Radio IKIM bukannya nasyid bikinan Opick dari Indonesia.
Tapi hujah Datuk Seri Rais yang menghujahkan bahawa jika generasi y ini mahu di tarbiyahkan untuk mengutuhkan Bahasa Melayu maka tanggunjawab untuk mendidik mereka di bahu para guru kemudian ahli politik.Barulah revolusi budaya akan berlaku.Hujah ini sememanya tepat sekali kerana para guru memainkan peranan yang sangat besar.Jatuh bangun bangsa terletak di tangan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)