Saya tak fahamlah kenapa ada individu dalam ceupacs yang dok protes pasal perempuan kini semakin dominan dalam sektor awam.Depa kata produktiviti akan turun kalu perempuan yang dok kuasai sektor awam terutamanya yang pegang jawatan yang berautoriti membuat keputusan.
Saya bukanlah nak bela sangat kaum2 hawa neh.Tapi saya percaya dominasi perempuan dalam sektor awam tidak bawak kesan yang negatif pada negara.Protes yang timbul tu saya percaya semata-mata kerana perasaan tergugat kaum adam apabila melihat akan prestasi yang sangat dinamik kaum yang dianggap lemah ini.
Kaum lelaki tak perlu rasa rendah diri.Hakikatnya lelaki lagi hebat daripada wanit.Betul tak?HeHe Cuma wanita lebih cepat matang.Makanya seawal usia remaja mereka sudah tahu hala tuju hidup masing2 sedangkan lelaki masih leka berseronok-seronok.
Bab produktiviti menurun bila wanita cuti bersalin saya fikir hal ini jangan lah disentuh langsung.Tabie wanita ini adalah sesuatu yang noble yang tidak wajar diungkit-ungkit kerana tanpa mereka akan berkuburlah survival bangsa.
Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Dr Asri yang tajam pemikiran tapi tak pandai "mengekang aura".
Siapa Dr Asri?Saya mula mengenali Dr Asri melalui kolumnya di dalam majalah i terbitan Karangkraf tahun 2005 dulu.Tulisan beliau memang menarik.Hujah-hujahnya memang mantap dan kemas.Saya juga pernah melihat Dr Asri berdebat dengan Astora Jabat.
Ramai orang pada masa itu ramai orang menaruh harapan yang tinggi kepada beliau agar muncul sebagai tokoh yang mampu berhujah membersihkan karut-marut dan fahaman serta tafsiran songsang yang mencemarkan agama suci ini.Gaya pembawakan beliau memang hebat tetapi kalau orang tak kenal akan fikir beliau seorang yang poyo!Tetapi itulah,beliau adalah antara manusia yang sejak kecik lagi dah tau bila besar nanti nak jadi apa.Makanya dalam usia belum mencapai 40 tahun pun beliau sudah duduk di tahap tertinggi dalam hierarki birokrasi agama di negara ini.
Walaupun tempoh perkhidmatan beliau sebagai Mufti Perlis tak sampai 1 term pun tapi itu pun dah kira besar rahmat bagi orang seusianya.Tapi ada 1 perkara yang saya kurang senang tentang pembawakan beliau ini.Beliau kalau tak bersetuju tentang sesuatu mesti hentam habis2 dan kadangkala tindakannya melulu.Misalnya beliau pada tahun 2007 secara direct telah menulis surat kepada Jakim mendakwa penulis Faisal Tehrani menyebarkan unsur2 syiah dalam novel bersirinya ketupat cinta dalam Harian Metro.
Sepatutnya beliau mintak la no henpon Faisal Tehrani ni dan slow talk ngan dia,bagitaw apa yang tak betul.Kalau cakap baik2 tak kan la orang nak marah.Kalau marah jugak maknanya orang tu mereng.Sound baik2 pun tak boleh.Surat Dr Asri "terjah" Faisal Tehrani ini telah membuakan sang penulis naik berang.Kan tak pasal2 Faisal Tehrani bermasam muka dengan Dr Asri.Kan sayang tu.Dua intelektual Melayu yang hebat sepatutnya berganding bahu bersatu minda membangun ummah.
Puncanya salah faham je tapi disebabkan nak cepat sangat terjah inilah jadinya.Dr Asri mungkin berpendapat bahawa dalam hal membabitkan penyelewengan dalam agama tidak ada kompromi dan tidak boleh berlembut.Tetapi tidakkah Quran menyuruh kita berhujah dalam cara yang baik?Kadangkala manusia ni walau sebijak mana pun pasti ada satu dua perkara yang mereka akan terlepas pandang.Satu lagi sikap buruk intelektual kita ialah mereka suka sangat kondem orang lain.Pantang ada silap sikit je pasti teruk si polan akan dihambur dengan pelbagai kritikan.Tak boleh ke berlapik sikit dalam mengkritik orang.Apa ingat diri tu hebat sangat ke?Kalau ye pun hebat ada orang lain lagi yang lebih hebat.
Justeru itu tak payah la kita ego sangat.Sepatutnya intelektual yang sudah established ni didik dan bimbing la intelektual muda yang baru nak berputik.Ada paham!

Saga Politik Perak Berakhir
Tahniah kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana telah berjaya mengekalkan kerusi MB nya setelah Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keputusannya 9 Feb lalu.Kudeta oleh BN di Perak itu tidak menjadi kesalahan dalam kamus politik.Namun kita perlu jujur,hasrat dan aspirasi rakyat Perak tidak condong kepada BN,sekurang-kurangnya buat masa ini.DUN Jelapang misalnya jelas para pengundi bengang dengan Hee Yit Fong.Behrang dan Changkat Jering itu kita tidak pasti.
Tapi apa pun politik tetap politik.Kalau kita tidak licik kita akan diracik-racik.Kepada PKR,DAP dan PAS terimalah keputusan penghakiman panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan.Pilihan Raya Umum ke 13 bukan lama lagi.Harus barang diingat barisan pembangkang yang kuat adalah sangat penting.Banyak pelajaran yang boleh diambil daripada peristiwa bersejarah ini.
Pertamanya Orang Melayu perlu sedar bahawa ugutan parti politik tertentu yang mengatakan bahawa sekiranya tidak mengundi mereka maka tunggulah akan hak2 keistimewaan Orang Melayu akan terhapus adalah khurafat paling besar.Sultan mempunyai kuasa yang sangat besar dalam melindungi hak keistimewaan ini.Sultan bukanlah berfungsi cuma sebagai simbol sebaliknya adalah Ketua Negeri yang berkuasa di bawah lunas2 perlembagaan.Kedaulatan Raja-Raja Melayu mesti dihormati oleh semua warganegara Malaysia.
Keduannya BN perlu memikirkan 2013 nanti apakah BN masih mendapat sokongan rakyat untuk terus memerintah.Kita tidak sangsikan sokongan kaum Melayu.Kaum India pun nampaknya semakin beransur-ansur kembali ke pangkuan BN.Tapi yang menjadi masalahnya dengan kaum Cina.Mereka nampaknya menjadi pengikut totok DAP.Hal ini adalah amat membimbangkan.Wakil kaum Cina dalam parti pemerintah di Negeri Perak ini hanya seorang saja iaitu Dr Mah Hang soon.
Dunia politik Perak sememangnya berwarna-warni dan beraneka ragam sejak permulaan kurun ke 20 lagi.Bumi yang kaya dengan bijih timah ini telah melahirkan ramai tokoh2 politik terutamanya yang berhaluan kiri.Duku dada-dada akhbar dipenuhi dengan berita2dari silver state ini.Cuma sekarang saja Perak senyap sunyi sehinggalah terbitnya fajar 8 Mac 2008.

Debat Najib- Anwar
Najib-anwar 0-0.Fair!Anwar bantai Najib kata Najib balun Altantuya Najib plak kata Anwar balun Saiful.haha Cuma bezanya saiful sendiri secara sukarela datang ngadu kat Najib tapi hantu Altantuya je datang ngadu kat Anwar.
Dulu Ahmad Shabery lwn Anwar dalam isu kenaikan harga minyak.Ramai kata kenapa tak Najib saja yang lawan debat ngan Anwar sebab Anwar kan banyak hentam Tok Jib.Boleh kata najiblah sasaran tembak anwar kat malaysia neh.Ramai orang kata Najib kecut tapi saya nak bagi ingat time tu Najib masih lagi TPM dan Pak Lah masih lagi PM.Sebagai politikus yang waspada beliau tentunya tidak mahu menonjolkan diri sebagai hero secara berlebih-lebih.
Dia bukan takut nak lawan debat dengan Anwar. Cuma yang dia takut Pak Lah akan tersinggung sekiranya dia yang pi lawan Anwar.Mestilah,Orang akan cakap Najib lagi hebat(memang pun) dari Pak Lah secara terang-terangan.Orang akan cakap Pak Lah yang pengecut.Jadi untuk menjaga hati Pak Lah yang masih PM lebih baik la dia menanggung malu bersama-sama Pak Lah dengan dikatakan pengecut kerana tak berani face to face dengan Anwar.Tak la Pak Lah terasa sangat sebab ada gang.Pengecut pun pengecut la kata Najib.
Pada akhirnya penghinaan yang diterima Najib akhirnya berbaloi kerana menerima baton PM dari Pak Lah pada Mac 2009.Pak Lah bukan lah orang jahat cuma incapacited je.hehe Apapun sama-samalah kita tunggu debat yang bersejarah itu.

Thursday, February 11, 2010
Polis dah naik gaji,Askar pun nampaknya akan naik gaji tak lama lagi tapi rakyat marhaen yang tak makan gaji dengan gomen camana?
Ini bukan ayat2 dengki ok.Tapi sama2 la kita fikirkan nasib rakyat kebayakan yang dihimpit dengan kenaikan kos hidup setiap kali kakitangan kerajaan naik gaji.Kadar inflasi di negara ini sukar sebenarnya untuk dikawal.
Subsidi pelbagai barangan keperluan pun khabarnya akan ditarik balik beransur-ansur.Entah macam mana lah nanti nasib rakyat yang lemah.Social safety net yang dimomokkan parti pemerintah nampaknya belum benar2 berfungsi.
Nampaknya rakyat yang umpama mentimun terpaksa redha sajalah.....

Tuesday, February 9, 2010
Islam Itu Rasional,Saling Hormat Menghormati Antara 1 Sama Lain
Menjadi persoalan di benak saya kenapa hari ini banyak sangat orang mengungkit tentang asal-usul sesuatu kaum.Apakah ini tandanya masyarakat kita sudah mula menyedari kepentingan sejarah kepada diri masing2?Itulah..Tahun 2002 dulu heboh 1 negara pasal lambakan graduan sastera yang tak dapat kerja.Sehingga ada pihak yang bengap mengusulkan kepada kerajaan agar art programs di universiti2 awam di kurangkan atau dimansuhkan saja.
Ramai pihak pandang sebelah mata pada jurusan sastera khasnya sejarah kerana didakwa tiada nilai komersial.Tapi lihatlah hari ini,baru kita sedar betapa pentingnya sejarah bukan saja pada diri sendiri malahan pada sebuah negara bangsa.Dulu kondem la,cakap la macam2 dan kutuk la sesedap rasa.Cakap benda dah lepas buat apa nak diingat lagi. Fikiran dan jalan mesti mau maju ke depan bukan ke belakang.Sebagai manusia sejarah tak dapat dipisahkan dari hidup kita.Barangsiapa yang menolak sejarah bermakna dia juga menolak akan keberadaannya di bumi Tuhan.
Sejarah walau banyak tafsiran boleh dibuat tapi fakta hakiki akan kebenaran sesuatu peristiwa.Kalau asalnya kita ini dari Nabi Adam dikatakan pula asal kita dari seekor beruk nampak sangatlah bengongnya.Sejarah tidak boleh diubah.Kalau anda anak harimau tak kan anak anda nanti anak kambing pulak.
Kepada orang Islam semua saya suka mengingatkan bahawa kita ini banyak tanggungjawab lantaran kerana nasib-baik kita yang lahir2 sudah Islam.Kita wajib berdakwah menyampaikan ajaran agama yang syumul ini kepada seluruh rakyat.Tetapi bukanlah dengan cara jumpa seorang demi seorang dan dakwah secara direct!Mungkin kaedah tersebut kurang sesuai.Giller aper..
Tapi uslub dakwah ni banyak.Yang saya nampak paling mujarab ialah dakwah melalui teladan.Islam itu agama yang tertinggi makanya umatnya juga mesti la tertinggi dalam pelbagai segi.Yang positiflah semestinya.Orang bukan Islam tengok kita pun sejuk hati deme kalau kita tunjukkan akhlak yang mulia seperti mana akhlak baginda Nabi saw.Dari situ la deme akan pandang Islam itu hebat dan sejahtera.
Ini tidak,hari ini kita asik nak marah je.Pantang silap sikit mesti kena tengking.Ape takut,saman boleh bayor.Siapa yang mengajar akhlak sedemikian tak tau la saya.Sedangkan Islam itu sangat mementingkan hujah ilmu dan bukti2.Bukan terus keluar senjata je kalau ada sesuatu yang tak puas hati.
Saya berani kata non-muslim di negara ini sedar Islam itu hebat dan mulia.Buktinya saya sendiri banyak kali kena sound dengan member yang bukan Islam.Deme cakap,"orang Islam mana bole bikin ini macam,Lu semayang punya orang ini macam bikin ka?"Di situ kita nampak mereka faham tentang Islam kerana Ugama suci ini menganjurkan nilai2 universal.
Jika kita nak berbangga dengan darah keturunan tak ada salahnya kerana dengan bangga dilahirkan dengan sekian-sekian keturunan itu adalah salah satu tanda syukur kepada Allah.Yang menjadi kesalahan ialah memandang orang dari kaum lain itu inferior dari kita.Dalam erti kata lain memandang rendah kaum lain la.Ini sangat salah besar.Islam tegas mengatakan bahawa manusia semuanya sama melainkan taqwa!!

Friday, February 5, 2010
Sekadar Sekeping Teori
Saya setuju dengan hujah saudara MSO yang menyebut bahawa Najib seharusnya membiarkan saja Anwar,itu lebih gentleman.Memang sepatutnya begitu tetapi malangnya isu liwat ii ini seolah-olah menjadi peluru balas Najib terhadap Anwar yang sejak 2007 begitu bersungguh-sungguh cuba untuk mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
Dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Ogos 2008 isu liwat ini dijadikan carpet bombing strategy.Najib adalah pengarah kempen BN pada pilihan raya kecil tersebut.Tetapi keputusan PRK tersebut tetap memihak kepada Anwar. Anwar akhirnya tetap gemilang tetapi Najib yang malang.Najib seolah olah bukan menjadi dirinya sendiri bila berhadapan dengan Anwar.Kita kenal Najib sebagai seorang yang play-save,penyabar dan bo-layan terhadap khabar angin yang menyelubungi dirinya.Kita kenal Najib sebagai seorang politikus yang gentleman.
Sepatutnya beliau sebagai Pengarah Kempen BN dalam PRK Permatang Pauh tersebut wajar memberi arahan tegas kepada petugas kempen agar tidak menyebut langsung tentang isu tuduhan liwat kedua terbabit.Kalaupun isu itu muncul juga di PRK tersebut biarlah yang menimbulkannya adalah pihak PKR sendiri.Jika itu yang terjadi Najib pastinya akan mendapat lonjakan imej.Kawan dan lawan akan "segan" dengan Najib.Beliau akan dikenal sebagai ahli politik yang beretika.
Namun beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menjadikan isu tuduhan liwat Saiful Bukhory Azlan terhadap Anwar sebagai modal politik.Pengakuan bersumpah Saiful atas nama Allah pula dijaja secara besar-besaran.Tindakan sembrono sedemikian seakan-akan tindakan bunuh diri oleh Najib. Apapun saya tidak percaya Najib yang orchestrated konspirasi kali kedua untuk menjatuhkan Anwar ini.Saya membuat spekulasi bahawa ada "tangan ghaib" yang merencana konspirasi bussuk ini.Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab dalam kes liwat 1998 dulu tapi nama Tun Dr.M saja yang busuk,seolah-olah idea untuk memerangkap Anwar dengan tuduhan liwat adalah semata-mata brainchild dari beliau.Padahal tangan2 ghaib tadilah yang bertanggungjawab terhadap segala-galanya.
Mahathir dan Najib tidak bersalah kecuali begitu mudah terpengaruh dan begitu bodoh kerana mempercayai bulat2 idea busuk tangan2 ghaib tersebut.Persoalannya siapakah tangan2 ghaib tersebut?Kemungkinan besar mereka itu terdiri daripada inner circle dalam pentadbiran tertinggi negara.Kita sedia maklum bahawa Anwar tidak ada sifat kompromi dalam kes penyelewengan kuasa.Sikap sebegini tentunya tidak disenangi oleh pihak2 tertentu.
Analoginya mudah;seorang pengawas di sekolah yang suka report kepada cikgu akan kesalahan2 kawan-kawannya tentu tidak disukai kawan sekelas tetapi menjadi anak emas cikgu.Budak2 yang berdendam akan mengusahakan apa saja untuk mengenakannya.Anwarlah pengawas itu.Najib mungkin terpengaruh dengan idea dari orang sekelilingnya yang menyatakan sekiranya Anwar ke dalam segala-galanya akan mudah bagi beliau sepertimana mudahnya Pak Lah menang besar dalam PRU 2004.
Teori bebal yang mengatakan sesuatu kepalsuan yang diulang-ulang pasti satu saat kepalsuan itu akan diterima sebagai kebenaran tidak boleh lagi digunapakai di zaman maklumat tiada sempadan ini.Rakyat juga majoritinya bijak-bestari dapat menilai auta dan kelentong.Moga yang haq akan mengatasi yang bathil pada akhirnya.

Bersih cekap dan amanah
NST pada 4 Feb melaporkan 98,747 pegawai polis berpangkat sarjan ke atas akan mendapat pelarasan gaji di bawah skim perkhidmatan baru.Tahniah la diucapkan kepada Pasukan Polis sekalian.Tak sampai 3 tahun kenaikan gaji terbaharu kini gaji naik lagi.Anda semua memang bertuah kerana Kerajaan Malaysia sangat cakna dan prihatin terhadap kebajikan anda2 semua.
Sewajibnya budi-baik kerajaan ini dibalas dengan perkhidmatan cemerlang dari anda semua.Kerjaya polis memang kerjaya yang hebat kerana kuasanya yang besar.Harus barang diingat "Great Power Comes With Great Responsibility".Dalam menjalankan tugas "akta budi bicara" haruslah menjadi panduan utama setiap anggota polis.Janganlah seorang pakcik tua yang tak berlesen motosikal yang dalam ketakutan teramat melihat roadblock polis di saman beria-ia sedangkan Mat Rempit yang bijak mengelak dibiarkan saja.Rakyat terbanyak mengharap anggota polis menjaga keselamatan mereka.Ayuh tunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ini

Viva Forever Perak`s United Malays National Organisation
Pada 9 Feb ini Mahkamah Persekutuan akan mengisytiharkan keputusan kes Nizar lwn Zambry dan maka terjawablah teka-teki pihak mana merupakan MB dan Kerajaan Negeri Perak yang sah.Saya sebagai seorang Melayu yang tipikal tentunya mengharapkan kepimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir kekal sebagai kerajaan yang sah.
Kudeta oleh UMNO tahun lalu itu walaupun menyalahi etika tetapi UMNO hanya mengaplikasikan Teori Rampasan Kuasa yang dimajukan oleh Saudara Anwar.Nasib la siapa siapa yang kena.Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah bertindak mengikut batas2 kuasa yang diperuntukkan.Datuk Seri Nizar sendiri telah melakukan kesilapan besar dengan "menerima baik" akan kemasukan Adun Bota ke dalam Pakatan Rakyat yang pada akhirnya tindakan beliau itu telah backfired.
Sewajarnya beliau istiqomah dengan pendirian DAP yang mengecam keras akan perbuatan melompat parti.Nah,kini beliau telah hilang asas2 moral untuk menghentam habis-habisan rampasan kuasa oleh UMNO.Kesilapan kedua PR di Perak adalah mereka tidak patuh akan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak sehingga Karpal Singh sendiri mahu mengemukakan saman terhadap Baginda.Tindakan kurang bijak sebegini sebenarnya tidak memberi sebarang mileage kepada PR sebaliknya memberi imej buruk kepada mereka.Sekiranya PR sabar,mereka akan membiarkan rampasan kuasa berlalu dengan licin.Secara automatis simpati rakyat akan berada di pihak PR.Ini akan memberi pulangan besar kepada PR dalam jangkamasa panjang.
Tindakan PR yang melakukan "short selling" dengan mempertikaikan keputusan Sultan Perak hanya merugikan mereka.Ramai orang Melayu yang berasa sakit hati apabila kuasa Sultan dicabar.Sudahlah komposisi kaum dalam PR yang tak seimbang membuatkan Orang Melayu gayat.Walaumacammanapun di pihak BN juga ada beberapa yang tidak kena terutamanya kenyataan yang keluar dari mulut Datuk Seri Dr. Zambry.Beliau pernah menyifatkan perjuangannya seumpama Nelson Mandela.hehe Mungkin media tersilap petik kenyataan beliau.
Namun pada 1hb Feb beliau mencabar 28 Adun PR di Perak mengosongkan kerusi masing2 demi untuk menguji populariti PR di hati rakyat.Tidakkah cabaran ini tidak berasas kerana Adun yang meletak jawatan akan hilang hak untuk bertanding semula.Hujah beliau yang mengatakan sekiranya kepentingan parti lebih penting dari individu adalah sangat tidak relevan dalam konteks permasalahan ini.Nampaknya Dr Zambry perlu berhati-hati dalam membuat serangan di lain kali.
Saya menaruh harapan yang tinggi agar UMNO Perak mampu melakukan transformasi ke arah lebih cakna kepada rakyat.Telah hampir 30 tahun UMNO di Perak ini menikmati pemerintahan yang lancar tanpa ada sangat gangguan dari pembangkang.Moga-moga dengan wujudnya pembangkang yang ultra-gagah akan membangunkan sesetengah pemimpin Umno yang lena diulit mimpi duniawi.

Martabatkan Bahasa Melayu:Apa Guna Ketuanan Melayu Tanpa Bahasanya.
Sekitar 500 tahun lampau Kesultanan Melayu Melaka kaya-raya dan masyhor seantero hasil dari operasinya sebagai pelabuhan entreport antarabangsa.Para pedagang yang singgah berdagang di Melaka kesemuanya menuturkan Bahasa Melayu demi untuk memudahkan komunikasi sesama mereka yang terdiri dari berbilang bangsa.Mungkin situasi di Melaka inilah yang mendorong nenek moyang kita mengungkapkan pepatah yang lucu tetapi agung"Masuk kandang kambing mengembek,Masuk kandang harimau mengaum!"
Melihat situasi linguistik zaman itu saja kita mampu menelah siapa tuan empunya tanah yang dipijak.Berkalih pula kita ke 300 kemudian.Pada abad ke 18 empayar British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialist yang paling terkehadapan dengan menguasai hampir2 2/3 dunia.Empayar British yang agung itu telah lama berkubur walaupun legasinya berserakan di serata penjuru dunia tapi yang sangat nyata lagi ketara adalah dominasi Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia.Ketuanan Bahasa Inggeris di abad ke 21 ini menjadi lebih ampuh berbanding abad2 yang lepas.
Setelah jauh menelusuri liku2 sejarah ayuh kita kembali ke tahun 2010.Dimana duduk letaknya Bahasa Melayu hari ini?Secara pukal-borongnya tidaklah banyak berubah.Bahasa Melayu masih lagi menjadi medium komunikasi antara pelbagai kaum yang menjadi warga di bumi bertuah ini walaupun di kalangan warga yang berstatus sosial lebih tinggi "segan" untuk bertutur dalam bahasa ini.Kedudukan BM jelas di sisi perlembagaan yang menyebut BM adalah bahasa rasmi persekutuan Malaysia.Namun ironinya ia hanya bersifat teknikal.Kedudukan Bahasa Melayu realitinya sangat kabur.
Kita sewajarnya bersikap realistik dan tidak menipu diri sendiri.Dasar bahasa kita hakikatnya caca-marba malahan lintang pukang.Sekejap ke hulu sekejap ke hilir mengikut arus zaman dan tuntutan pihak2 berkepentingan.Perkara utama yang menjadi kejengkelan jiwa dan pemikiran saya adalah pemberian istilah yang sesuai kepada Bahasa Rasmi Malaysia ini.Dua tiga tahun pakai istilah Bahasa Melayu kemudian ditukar pula kepada Bahasa Malaysia atas alasan demi integrasi kononnya.
Pada hemat saya adalah lebih molek jikalau kata nama "Bahasa Melayu" itu kekal dan bukannya sebagai Bahasa Malaysia kerana ia adalah lebih tepat dan jitu.Ianya tidak rasis kalau hujah integrasi diambil kira.Ianya lebih memupuk integrasi kerana dengan menggunakan istilah Bahasa Melayu,secara langsung kita mengiktiraf bahasa lain yang dipertuturkan seperti Mandarin dan Tamil punya kedudukan tersendiri.Bukankah bahawa Bahasa Malaysia itu secara harfiahnya merujuk kepada Bahasa Melayu,Mandarin,Tamil,Hindi ,Iban,Melanau dll?
Melihat realiti semasa,sekolah vernakular berleluasa dalam sistem pendidikan kita.Pengiktirafan juga sewajarnya diberi kepada bahasa pengantar di sekolah2 vernakular ini sebagai antara bahasa utama di Malaysia .Inilah yang menepati gagasan 1 Malaysia di mana setiap suku kaum saling menang dan mendapat faedah.Janganlah kita terus dogmatik dengan pandangan untuk mewujudkan sekolah 1 aliran kerana yang demikian itu misi mustahil.British dahulu pun tidak mampu merealitikannya.Sekolah 1 aliran tak mungkin terjadi kecuali kita establish semula aliran Inggeris- sekular(chauvinis pasti akan tentang habis-habisan).Dalam realiti situasi semasa tentulah langkah diatas tidak sesuai.
Makanya adalah terlebih baik kita terima saja status quo seadanya.Saya fikir dalam situasi masyarakat majmuk di negara ini apa yang penting adalah menjaga sensitiviti antara kaum.Itu yang paling utama.Perasaan perlu dijaga,ayat mesti power,hina-menghina,rendah-merendahkan mesti dijauhi.Apa yang penting juga bahawa Bahasa Melayu mesti kekal menjadi medium perantara samada secara formal atau tidak.Bahasa Melayu perlu berdiri kukuh sebagai instrumen penyatuan.
Saya yakin kalau sesuatu perasaan itu disemai secara terus-terusan pasti satu ketika akan melekap jua.Dalam masa yang sama pengiktirafan besar yang diberikan kepada Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai antara komponen/juzuk Bahasa Malaysia pastinya akan menimbulkan rasa insaf dikalangan bukan Melayu bahawa kerajaan benar-benar terlalu bertolak ansur dengan aspirasi dan tuntutan mereka.Tidak akan ada alasan dan dolak dalik lagi untuk mereka tidak menerima akan ketuananan dan kedaulatan Bahasa Melayu.Mungkin ulasan dan jangkauan saya terlalu optimis dan naif.Namun percayalah jikalau kita bertolak ansur tetapi dalam masa tetap dengan pendirian segalanya akan baik.Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya.What we need now is not just compromy but acceptance!

Tuesday, February 2, 2010
Ayuh Sahut Seruan PM
Salam perkenalan buat sesiapa yang membaca blog ini.Agak terlewat kiranya saya memulakan blog ini berbanding orang lain tetapi lebih baik ada dari langsung tiada.Lagi pula perjalanan seribu tahun bermula dari langkah pertama.
Jika bukan melangkah dari sekarang bila lagi bukan.PM kita Dato Najib baru saja melancarkan agenda negaranya yang terbaharu yakni Program Transformasi Kerajaan(GTP).PM kita yang sorang ni memang workaholic orangnya.Melihat gaya dia bercakap pun sudah boleh membuatkan kita bersemangat.Bila cakapnya dalam nada serius memang terserlah keintelektualan beliau tp kerap kali juga beliau berjenaka dan berseloroh memang tak kalah la dengan Pak Lawak Senario mahupun Si Raja Lawak Nabil hehe!
Berbalik semula kepada program transformasi kerajaan,boleh dikatakan setiap PM yang baru mengambilalih tampuk kepimpinan negara mesti membina rapport yg baik dengan kakitangan awam.Jikalau Tun Mahathir dengan slogan Bersih Cekap Amanah,Tun Abdullah dengan mantranya Bekerjalah Bersama Saya Bukan Untuk Saya kini giliran Datuk Najib pula dengan GTP beliau.Sektor awam memang telah banyak melakukan perubahan positif namun perlu diingat terlalu banyak ruang untuk penambahbaikan.
Kebanyakan kakitangan awam jujur dan komited dengan tugas mereka tapi ada juga yang lebih layak digelar "dead wood".Golongan ini meletakkan kepentingan peribadi di atas tanggungjawab terhadap tugas.Mereka inilah yang selalu menyusahkan rakan sekerja yang lain.Tugas dia tapi orang lain yang kena settle kan.Tidak lama dulu ada cadangan untuk wujudkan VSS di sektor awam tapi ramai yang menentang.Golongan Dead Wood ni VSS lah yang mereka paling takut kerana VSS akan memberi kuasa kepada ketua jabatan untuk memecat orang bawahannya yang suka buat perangai.Soal VSS ini akan diselewengkan itu buku lain.Tapi yang pastinya kaedah stick and carrot memang tak salah digunakan.Dead Wood ni bukan hormat sangat dengan ketua jabatan.Kalau ketua jabatan sound lebih2 sikit je mereka akan balas balik,"Tuan pun makan gaji dengan kerajaan,sama macam saya jugak!Jadi yang Tuan kecoh sangat ni buat apa!"Itulah situasi yang berlaku.
Pada akhirnya yang menerima nama busuk adalah seluruh warga perkhidmatan awam disebabkan puak2 tak sedar diuntung ini.Teringat juga saya bagaimana mantan MB Selangor Dr Khir anugerahkan penyapu pada chief sebuah kerajaan tempatan di Selangor kerana tak perform mencapai target.Saya memang sokong punishment yang kreatif sebegini.Tapi kesian Dr Khir beliau dibalasi dengan ditendang keluar dari ofisnya.Wawasan 2020 tak sampai 10 tahun lagi.Sektor awam adalah tunjang negara.Makanya ayuhlah bangun perbaik diri menuju Malaysia maju 2020.InsyaAllah!

Subscribe to:
Posts (Atom)