About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Saturday, March 13, 2010

Drama Dalil Cinta-1 Kritikan Sosial

Drama yang disiarkan di Tv3 pada 6 Feb ini memang merupakan sebuah naskhah seni yang up to date.Kemungkinan lahirnya karya ini berikutan kesedaran penulis skrip drama ini terhadap 1 fenomena yang melanda dunia artis tempatan,perceraian!

Walaupun drama ini mengambil plot berlatar-belakangkan kisah orang biasa tapi intipatinya tetap sama walau apa kelas pun sesebuah pasangan itu.Drama tersebut yang diterajui oleh Fahrin Ahmad dan Syarifah Amani mengkritik trend yang melanda para couple zaman ini yang terlalu terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga.

Perkahwinan memang 1 trend yang sangat dominan pada zaman ini.Saya katakan 1 trend bukannya 1 keperluan.Buktinya mudah,majlis resepsi diatur dan dirancang sebegitu grand tanpa risau akan kosnya.Memang la dahulu pun kenduri-kawin memang dititik-bertkan oleh masyarakat kita.Tapi dahulu ibu bapak yang beria-ia sedangkan bagi anak-anak asal boleh kahwin sudahlah.

Namun bagi kebanyakan muda-mudi zaman ini kemegahan majlis perkahwinan mereka adalah segala-galanya sedangkan substances yang menegakkan perkahwinan itu tidak dititik-beratkan.Apakah para muda-mudi ini benar-benar telah bersedia dari segi mental dan fizikal?Ilmu kerumahtanggaan bagaimana?Memang ramai juga pasangan yang "boleh lepas" tanpa persediaan-persediaan berkenaan tapi beringat sebelum terkena adalah lebih baik.

Zaman ini perempuan dan lelaki adalah sama taraf,kedua-dua kebanyakannya memiliki karier sendiri.Makanya sudah tentu masing-masing ada ego tersendiri yang mudah meruap.Ini berbeza dengan zaman tiga-empat dekad dahulu.Zaman itu hampir 90% perempuan bergantung hidup kepada suaminya kerana tidak ada sumber pendapatan sendiri.Kalaupun ego tu tinggi terpaksalah disembunyikan dan memendam dan menjeruk ras.

Berbeza dengan wanita zaman ini,segala-galanya diluah dan dimuntahkan.Inilah saya lihat sebagai punca utama perceraian di kalangan muda-mudi hari ini kerana masing-masing merasakan diri tu besar.Di tambah lagi dengan punca klasik iaitu segalanya manis semasa bercinta namun bila sudah hidup bersama segala pekung akan terdedah.

Kebanyakan dari kita akan berkata kita memahami kecenderongan pasangan kita dan menerima mereka seadanya.Namun biasanya itu itu sekadar menanam tebu di tepi bibir saja.Saya jugak sedekit tersentuh dengan sindiran drama ini yang memprotes kegagalan Nisa memiliki sifat2 kewanitaan sejati adalah disebabkan ibunya yang tidak memberi peluang untuk Nisa membuat kerja2 dapur kerana ibunya itu tidak mempercayai orang lain "menguasai" dapurnya.

Menang tidak wajar kita menyalahkan orang lain apatah lagi ibu sendiri namun wajar juga hujah tersebut diteliti.Demikianlah sedikit sebanyak ulasan saya tentang isu ini.Kepada pasangan yang mengalami masalah rumahtangga,jikalau memang hubungan anda tidak dapat diselamatkan jalan sebaiknya berpisahlah secara baik.Terutamanya bagi Sang lelaki yang mempunyai sedikit lebih kuasa dalam sesebuah perkahwinan gunakanlah sebijak-bijaknya!Bagi sang isteri pula sebesar mana pun karier anda,walau semoden mana pun anda janganlah lupakan dapur.
sekian wallahuaklam..

p/s kemunculan Tania sebagai maksu zareef buatkan daku terkenang zaman dolu-dolu,zaman drama spektra hehe

0 comments:

Post a Comment