10/4/2010-PRK Hulu Selangor-Kelebihan di pihak PR
PR nampaknya pasti meletakkan zaid ibrahim sebagai calon.PR bertuah kerana tidak boleh dituduh perkauman kerana tokoh politik besar zaid ibrahim itu dipersetujui bersama bahawa beliau mesti diletakkan di parlimen.Tidak timbul isu kuota di pihak Pkr.Tidak timbul persoalan kenapa tidak diletakkan calon bukan Melayu kerana aura zaid ibrahim mengatasi segalanya.
Namun sebaliknya bagi BN.Parlimen Hulu Selangor telah sekian lama diperuntukkan untuk kuota MIC.Ironinya kawasan itu dibentuk oleh hampir 54% daripada 63,000 pengundi berdaftar adalah kaum Melayu.Inilah dilema BN.BN pastinya risau sekiranya kerusi parlimen ini tidak mampu direbut kembali daripada PKR lantaran ada desakan dari akar-umbi yang mahukan UMNO bertanding bukan MIC.
Namun UMNO terikat dengan semangat kesetiakawanan Barisan Nasional.Apa gunanya menang 1 kerusi parlimen tapi hilang kepercayaan dan menimbulkan kejengkelan di hati rakan parti komponen kata mereka.
Sama-sama kita nantikan
Thursday, April 15, 2010
PRK P094 Hulu Selangor I
30/3/2010-Saya Mahu Pakatan Rakyat Menang di Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor
Para pengundi di Hulu Selangor perlu tolak calon BN pada PRK nanti.Banyak hikmahnya jika anda menolak BN:
1)Maruah anda akan terbela-Sekiranya anda memilih BN anda pastinya akan dilabel bersikap seperti kanak2 yang mudah digula-gulakan pembangunan mee segera seperti jalan diturap tar baru.
2)Penolakan BN akan jadi tonik penyembuh yang akan membantu Pakatan Rakyat yang teruk diasak sekarang ini.Malaysia memerlukan pembangkang yang kukuh sebagai odometer kepada pemerintah.
3)BN tidak akan syok sendiri dan akan terus berpijak di bumi nyata-Telah sekian lama BN ditipu oleh dirinya sendiri.Sebelum PRU 2008 hampir setiap kali PRK keputusan akan menyebelahi BN.Maka situasi sedemikian membuatkan BN berasa selesa bahawa rakyat benar2 menyokong mereka.Ini adalah 1 delusi yang nyata.PRK ijok 2007 adalah buktinya.Jikalau BN memenangi PRK ini akan kembali naik tocanglah pemimpin2 UMNO.Mereka akan perangai bussuk masing2.
Fikir-fikirkan

Temuduga D Amanah Ikhtiar
Posting asl 23 Mac 2010 Temuduga di Amanah Ikhtiar Malaysia
Pada 15 hb Mac lalu saya berkesempatan hadir ke temuduga terbuka bagi jawatan pelatih pembantu amanah di Pusat Latihan Amanah Ikhtiar cawangan Taiping.Ramai sungguh yang hadir,perempuan dan lelaki hampir sama banyak yang mencoba nasib.Memang saya dah duga memang ramai yang akan datang.Biasa la tu kan.
Cuma ada beberapa perkara yang mendatangkan sedikit ralat juga la...Ralatnya bukan apa,cuma kronologinya yang tidak terurus dengan sempurna menyebabkan calon2 temuduga tidak berasa selesa.Mungkin kerana kekurangan tenaga kerja lantaran hari itu juga berlangsungnya hari terbuka Amanah Ikhtiar Malaysia.
Mula2 kena beratur untuk mendaftar.Biasa la tu,walaupun panas jugak la .Namun yang menjadi geramnya selepas itu ingat bole la rileks tunggu nama dipanggil untuk ditemuduga rupa-rupanya ada 1 level lagi.Kena pulak berebut-rebut(bukan beratur) untuk mendapatkan borang perjawatan pula.
Kalau ditanya saya memang tak teratur langsung la proses temuduga hari tersebut.Sepatutnya ada petugas yang mengawasi calon2 temuduga.Belum lagi cerita tentang suasana di dalam dewan ujian bertulis.Akhir sekali saya membuat kesimpulan bahawa celoteh saya di atas merupakan 1 luahan rasa terhadap kelemahan yang sangat biasa pada organisasi di Malaysia dalam menguruskan sesebuah acara.Tiada niat buruk okay!!

Ulasan Krisis MCA II
30/3/2010-Krisis MCA II-Ulasan Kemenangan yang tak dijangka Datuk Seri Chua Soi Lek,62 sebagai Presiden MCA ke-9
Keputusan pemilihan parti MCA 28 Mac lalu pada saya memang memang mengejutkan.Saya jangkakan Tee Keat akan mengekalkan jawatan.Kalau tidakpun Ong Ka Ting akan take charge kembali.Chua Soi Lek di luar radar saya sebenarnya.Kenapa la agaknya perwakilan 2,377 delegasi MCA yang hadir ni kebanyakannya minat sangat dengan Soi Lek neh?Beliau dapat 901 undi,Ka Ting 833,Tee Keat 578.
Orang kata dia jenis yang berterus-terang,outspoken.Chua Soi Lek ni bagus,bukan tak bagus.Aku ingat lagi masa zaman dia jadi Menteri Kesihatan dalam kabinet Pak Lah.Chua Soi Lek ni lah yang selalu promo tagline Pak Lah.Perkataan Hadhari sentiasa saja terpacul dari mulut Soi Lek ni kalau ada peluang.Aku boleh kata dia ni pemimpin parti komponen yang menjunjung tinggi aspirasi PM la tak keterlaluan aku katakan.
Tapi masalahnya dia sudah tercalar dengan skandal seks.Yelah,walaupun masyarakat cina tak ambik pot sangat pasal ni tapi hakikatnya Chua Soi Lek telah melanggar konvensyen antarabangsa.Mana2 pemimpin dalam dunia ni yang terkantoi ada hubungan intim dengan wanita selain isteri yang legal pasti teruk kena hentam dan nak tak nak kena letak jawatan.Tapi lain pulak yang terjadi di Boleh Land ni.hehe
Apapun Chua Soi Lek ada 1 tahun 6 bulan untuk membuktikan potensi dirinya sebelum pemilihan semula Okt 2011. Ha,sebut pasal skandal seks ni aku teringin jugak la nak berceloteh perihal poligami.Menurut Pemahaman aku,Allah mengizinkan poligami adalah demi untuk melindungi hak2 kaum wanita.Perkahwinan yang disyariatkan itu juga sebenarnya demi untuk melindungi wanita daripada menjadi mangsa ketidakbertanggungjawaban lelaki.
Bayangkan kalau manusia dibenarkan bebas bersekedudukan lelaki perempuan,bebas bertukar-tukar pasangan..Siapa yang paling untung??Lelaki la!!Perempuan jangan la ditipu dek hawa nafsu kata depa pun untung jugak.win-win situation.Fitrah lelaki dan perempuan berbeza.Lelaki walau berapa banyak die buat "projek" tak akan menjejaskan nilai dirinya.Senang cakap tak luak pun.Berbeza dengan kaum perempuan.Justeru itu kaum hawa patut bersyukur sangat2 kerana Allah telah mensyariatkan perkahwinan dan mengehadkan poligami kepada 4 sahaja.Ini semua demi menjaga hak2 dan maruah wanita.
Sistem kehakiman syariah di Malaysia dah cukup cantek.Laki2 yang nak berpoligami kena mintak izin isteri terdahulu.Tapi ramai laki2 yang protes kenapa nak kena mintak izin bini pulak sedangkan kami suami yang berkuasa.Kemudian kahwin senyap2 tanpa pengetahuan isteri pertama.Kahwin senyap2 ni pun dah kira tak betul.Perkara nikah kahwin ni perlu dihebahkan agar tidak timbul fitnah.
Saya suka ingatkan dalam ini dunia fahaman ortodoks yang mengatakan sekiranya baik kaum wanita sesuatu masyarakat itu maka akan baiklah seluruh masyarakat tersebut adalah satu delusi yang paling besar.Lelaki sebenarnya yang mengemudi.Wanita mengikut je.Baik lelaki,baiklah wanita.Rosak lelaki,rosaklah wanita!!Renung-renungkan.Selamat beramal

Ulasan Krisis MCA I
29/3/2010-Krisis MCA I-Posting asal pada 21/3/2010:Ikut kontekslah!!-Saya ketawa sendiri bila menelaah akhbar2 berkenaan krisis politik MCA yang telah berlarutan lebih 1 tahun.Saya teringat hujah loyar buruk mantan Presiden Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz bahawa beliau tidak boleh meletak jawatan semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009 kerana jika beliau berbuat demikian maka akan berlaku perebutan kuasa.Nah,itulah yang berlaku dalam politik MCA hari ini.
Tindakan mantan Presiden Ong Ka Ting meletak jawatan adalah 1 kesilapan besar.Ka Ting tidak seperti Rafidah Aziz yang telah terlalu lama menerajui sayap parti dan klik2 kepercayaan di sekelilingnya menimbulkan ketidaksenangan di kalangan ahli wanita UMNO.Kesalahan Ka Ting cuma MCA kalah teruk kepada DAP dalam PRU 12 lalu.Itupun bukan sangat sebab beliau kerana rakyat terlalu marah dengan pemimpin UMNO yang terlalu angkuh tidak bertempat dan kelemahan perwatakan Pak Lah yang tak mampu mengawal "budak-budaknya".Diburukkan lagi dengan tindakan segelintir pemimpin UMNO yang terang-terangan mempamerkan salah guna kuasa mereka.
Pemilihan parti MCA pada Ahad 28 Mac ini menyaksikan pertembungan 3 penjuru.Memang undi akan berpecah 3.Persis seperti pemilihan sayap pemuda UMNO Mac lalu.Jika dianalis situasi dalam petunjuk sokongan dalam Pemuda UMNO jelas Khairy,Khir dan Mukhriz mendapat undi yang tidak sangat jauh berbeza.Namun itulah demokrasi pimpinan Barat.Walau 1 undi pemenang adalah tetap Sang Pemenang.Jelas dan ketara sekali akan kelompongan sistem demokrasi dokongan kita bersama ini.
Bukan 1 tugas yang mudah bagi sang ketua untuk menarik sokongan pemimpin2 bawahan ini di bawah kepimpinannya.Apapun segala-galanya terletak pada akal-budi dan tindakan sang ketua.Lagipun hati manusia itu Allah Taala yang pegang.Kalau betul gayanya InsyaAllah lembutlah hati si fulan tersebut.Apapun saya memang mengharapkan agar Dato Seri Ong Tee Keat memenangi semula jawatan Presiden MCA.Beliau seorang pemimpin yang kental dengan prinsip dan sanggup menongkah arus.Walaupun Soi Lek juga bagus tetapi nama beliau sudah tercemar dan beliau sepatutnya sejak dari awal lagi berundur dari arena politik.Saya dapat menghidu bahawa Ong Tee Keat ini tidak berapa disukai oleh banyak pihak dalam UMNO mahupun MCA lantaran sifatnya yang "lurus".Saya pernah terbaca dalam Utusan Malaysia di ruangan yang dikendalikan Awang Selamat mencadangkan agar Tee Keat berundur,antara lainnya Liow Tiong Lai dicadangkan mengambil alih.Sifat Tee Keat ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Anwar ibrahim,tidak ada kompromi dengan penyelewengan.No Cover-Up!Kalau kawan sendiri buat salah pun tetap akan diheret ke muka pengadilan.Sikap sebeginilah yang tidak disukai kebanyakan manusia bukan hanya di Malaysia di mana-mana pun.Moga-moga Tee Keat menang dalam pemilihan 28 Mac ini seterusnya membantu agenda transformasi kerajaan oleh PM Najib.

Subscribe to:
Posts (Atom)