About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Saturday, March 13, 2010

Wang Ehsan Minyak Kelantan-1 analisis alternatif

Rakyat Malaysia yang bijak2 kala ini tentunya lebih mengetahui apa fakta kes yang sebenarnya berlaku dalam kemelut perdebatan royalti atau wang ehsan melibatkan hasil minyak di perairan Kelantan yang tengah panas sekarang ini.Isu tuntutan royalti minyak ini mula muncul semasa Pilihan Raya Kecil Manik Urai lalu.

Pada ketika itu UMNO berhujah bahawa Kerajaan Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kawasan telaga minyak tersebut berada dalam zon pertindihan antara Thailand dan Malaysia.Melalui hujah tersebut saja kebenaran sudah terserlah bahawa UMNO ketandusan hujah untuk menutup tindakan mereka menafikan hak royalti Kelantan ke atas hasil minyaknya sendiri.

Agak lucu bila UMNO berkata Kelantan tidak berhak mendapat royalti sebab ada pertindihan dengan Thailand sedangkan kita sedia tahu bahawa walaupun memang ada pertindihan tapi Malaysia dan Thai sudah bersetuju untuk membahagikan sama rata hasil di kawasan telaga minyak terbabit.Keputusan Najib yang mahu meluluskan peruntukan RM20juta atas nama wang ehsan kepada JKPP Kelantan juga sepintas lalu dilihat tindakan yang menjejaskan kredibiliti UMNO.

Tindakan ini membuktikan bahawa Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak dan penafian sebelum ini hanya semata-mata bermotifkan politik.Sepatutnya UMNO kalau tak mau bagi royalti baik teruskan saja hujah2 Tadika yang telah dikeluarkan sejak PRK Manik Urai dulu.Dengan memberi wang ehsan nama telah tercemar.

Namun saya fikir strategi Najib mungkin tidak sedangkal yang disangka.Tindakan beliau itu sebenarnya adalah untuk membeli undi rakyat Kelantan.Strategi Santa Claus mungkin digunakan.Melalui JKPP rakyat Kelantan akan mendapat goodies seperti rumah2 untuk rakyat termiskin,laptop untuk pelajar sekolah,biasiswa untuk anak Kelantan yang berjaya ke Universiti dan sebagainya.

Ya memang tindakan yang bijak tetapi saya suka mengusulkan kepada rakyat Kelantan agar terima pemberian UMNO itu dengan hati terbuka tetapi jangan sama sekali beri undi kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Sekiranya UMNO berkuasa di Kelantan nanti tentunya wang ihsan bertukar menjadi royalti yang mencecah angka bilion Ringgit.

Membazir saja nanti kerana UMNO zaman semasa dan pasca Mahathir neh pandainya tak boleh diikut.Wang minyak habis begitu saja membina benda yang bukan2 atas nama pelaburan.Akhirnya yang untong sekerat dua kronis saja.Rakyat kebanyakan tengok saja la dengan air liur menjelejeh....

0 comments:

Post a Comment