About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Friday, March 5, 2010

SAYA SETUJU SERATUS PERSEN

Saya Setuju Seratus Persen!Banyak mutiara-mutiara ilmu yang dapat saya kutip selama sejam rancangan bual bicara Soal Jawab bersama Datuk Seri Utama Rais Yatim,Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia isnin lalu di Tv3.

Saya setuju dengan sanggahan Datuk seri utama Rais Yatim bahawa berbahasa sekerat belut sekerat ular semata-mata untuk rasa dan nampak gah.Saya setuju seratus persen.Kata beliau marilah kita kembali ke pangkal jalan.Kembali mengutuhkan Bahasa Kebangsaan.

Namun ada juga hujah beliau yang saya tidak setuju juga seratus persen.Beliau cakap orang Tamil di Madras,orang mandarin tidak merojakkan bahasa ibunda mereka.Tidak benar sama sekali wahai sang menteri.Terjahan beliau itu samalah anggapan umum di kalangan orang Melayu bahawa orang Melayu sajalah yang suka berhibur,suka bermain,suka melepak dan bersantai-santai dan seumpamanya.

Saya bertanya apakah kaum-kaum lain tidak begitu?Zaman ini Bahasa Inggeris menyusup masuk umpama air bah yang tidak dapat dibendung-bendung lagi ke dalam bahasa-bahasa yang wujud di atas muka bumi ini bukan khusus buat Bahasa Melayu saja.Justeru terjahan sedemikian nampak seolah-olah berdasarkan sentimen semata.

Dalam pada itu perantara Dato Manja Ismail ada juga menyentuh mengenai arahan Menteri Penerangan agar stesen-stesen radio menyiarkan lagu-lagu tempatan.Hal ini juga telah dikupas dengan tajam dan sangat mengesankan oleh penulis pojok Siti Jarum dalam Pancaindera,Mingguan Malaysia 28 Feb.Datuk Seri Rais berkata arahan beliau itu adalah demi untuk membela penggiat seni tempatan yang baru nak muka bertapak.

Janganlah dibandingkan Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dengan majoriti artis Malaysia.Majoriti artis kita tidaklah ada aura sekuat Mawi atau Siti yang mampu memikat dan memukau peminat dalam sekelip mata.Justeru mereka memerlukan dokongan stesen radio tempatan.Bila lagu diputar setiap hari barulah datang peminat.Dalam pertanyaan-pertanyaan Datuk Manja itu saya dapat mengesan seolah-olah ada salah pengertian tentang arahan Menteri Pemerangan tersebut.

Bahkan keesokan harinya ada kolumnis yang membuat spekulasi bahawa stesen radio akan bungkus sekiranya syarat wajib siar lagu2 tempatan dikuatkuasakan.Mungkin saya silap tapi menurut kefahaman saya arahan kementerian itu bermaksud bahawa setiap stesen radio perlu memutarkan lagu2 baru tempatan yang hanya sesuai mengikut specialties stesen berkenaan sahaja.Umpamanya nasyid bikinan Hijjaz atau Rabbani disiarkan selalu di Radio IKIM bukannya nasyid bikinan Opick dari Indonesia.

Tapi hujah Datuk Seri Rais yang menghujahkan bahawa jika generasi y ini mahu di tarbiyahkan untuk mengutuhkan Bahasa Melayu maka tanggunjawab untuk mendidik mereka di bahu para guru kemudian ahli politik.Barulah revolusi budaya akan berlaku.Hujah ini sememanya tepat sekali kerana para guru memainkan peranan yang sangat besar.Jatuh bangun bangsa terletak di tangan mereka.

0 comments:

Post a Comment