30/3/2010-Krisis MCA II-Ulasan Kemenangan yang tak dijangka Datuk Seri Chua Soi Lek,62 sebagai Presiden MCA ke-9
Keputusan pemilihan parti MCA 28 Mac lalu pada saya memang memang mengejutkan.Saya jangkakan Tee Keat akan mengekalkan jawatan.Kalau tidakpun Ong Ka Ting akan take charge kembali.Chua Soi Lek di luar radar saya sebenarnya.Kenapa la agaknya perwakilan 2,377 delegasi MCA yang hadir ni kebanyakannya minat sangat dengan Soi Lek neh?Beliau dapat 901 undi,Ka Ting 833,Tee Keat 578.
Orang kata dia jenis yang berterus-terang,outspoken.Chua Soi Lek ni bagus,bukan tak bagus.Aku ingat lagi masa zaman dia jadi Menteri Kesihatan dalam kabinet Pak Lah.Chua Soi Lek ni lah yang selalu promo tagline Pak Lah.Perkataan Hadhari sentiasa saja terpacul dari mulut Soi Lek ni kalau ada peluang.Aku boleh kata dia ni pemimpin parti komponen yang menjunjung tinggi aspirasi PM la tak keterlaluan aku katakan.
Tapi masalahnya dia sudah tercalar dengan skandal seks.Yelah,walaupun masyarakat cina tak ambik pot sangat pasal ni tapi hakikatnya Chua Soi Lek telah melanggar konvensyen antarabangsa.Mana2 pemimpin dalam dunia ni yang terkantoi ada hubungan intim dengan wanita selain isteri yang legal pasti teruk kena hentam dan nak tak nak kena letak jawatan.Tapi lain pulak yang terjadi di Boleh Land ni.hehe
Apapun Chua Soi Lek ada 1 tahun 6 bulan untuk membuktikan potensi dirinya sebelum pemilihan semula Okt 2011. Ha,sebut pasal skandal seks ni aku teringin jugak la nak berceloteh perihal poligami.Menurut Pemahaman aku,Allah mengizinkan poligami adalah demi untuk melindungi hak2 kaum wanita.Perkahwinan yang disyariatkan itu juga sebenarnya demi untuk melindungi wanita daripada menjadi mangsa ketidakbertanggungjawaban lelaki.
Bayangkan kalau manusia dibenarkan bebas bersekedudukan lelaki perempuan,bebas bertukar-tukar pasangan..Siapa yang paling untung??Lelaki la!!Perempuan jangan la ditipu dek hawa nafsu kata depa pun untung jugak.win-win situation.Fitrah lelaki dan perempuan berbeza.Lelaki walau berapa banyak die buat "projek" tak akan menjejaskan nilai dirinya.Senang cakap tak luak pun.Berbeza dengan kaum perempuan.Justeru itu kaum hawa patut bersyukur sangat2 kerana Allah telah mensyariatkan perkahwinan dan mengehadkan poligami kepada 4 sahaja.Ini semua demi menjaga hak2 dan maruah wanita.
Sistem kehakiman syariah di Malaysia dah cukup cantek.Laki2 yang nak berpoligami kena mintak izin isteri terdahulu.Tapi ramai laki2 yang protes kenapa nak kena mintak izin bini pulak sedangkan kami suami yang berkuasa.Kemudian kahwin senyap2 tanpa pengetahuan isteri pertama.Kahwin senyap2 ni pun dah kira tak betul.Perkara nikah kahwin ni perlu dihebahkan agar tidak timbul fitnah.
Saya suka ingatkan dalam ini dunia fahaman ortodoks yang mengatakan sekiranya baik kaum wanita sesuatu masyarakat itu maka akan baiklah seluruh masyarakat tersebut adalah satu delusi yang paling besar.Lelaki sebenarnya yang mengemudi.Wanita mengikut je.Baik lelaki,baiklah wanita.Rosak lelaki,rosaklah wanita!!Renung-renungkan.Selamat beramal
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment