29/3/2010-Krisis MCA I-Posting asal pada 21/3/2010:Ikut kontekslah!!-Saya ketawa sendiri bila menelaah akhbar2 berkenaan krisis politik MCA yang telah berlarutan lebih 1 tahun.Saya teringat hujah loyar buruk mantan Presiden Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz bahawa beliau tidak boleh meletak jawatan semasa Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009 kerana jika beliau berbuat demikian maka akan berlaku perebutan kuasa.Nah,itulah yang berlaku dalam politik MCA hari ini.
Tindakan mantan Presiden Ong Ka Ting meletak jawatan adalah 1 kesilapan besar.Ka Ting tidak seperti Rafidah Aziz yang telah terlalu lama menerajui sayap parti dan klik2 kepercayaan di sekelilingnya menimbulkan ketidaksenangan di kalangan ahli wanita UMNO.Kesalahan Ka Ting cuma MCA kalah teruk kepada DAP dalam PRU 12 lalu.Itupun bukan sangat sebab beliau kerana rakyat terlalu marah dengan pemimpin UMNO yang terlalu angkuh tidak bertempat dan kelemahan perwatakan Pak Lah yang tak mampu mengawal "budak-budaknya".Diburukkan lagi dengan tindakan segelintir pemimpin UMNO yang terang-terangan mempamerkan salah guna kuasa mereka.
Pemilihan parti MCA pada Ahad 28 Mac ini menyaksikan pertembungan 3 penjuru.Memang undi akan berpecah 3.Persis seperti pemilihan sayap pemuda UMNO Mac lalu.Jika dianalis situasi dalam petunjuk sokongan dalam Pemuda UMNO jelas Khairy,Khir dan Mukhriz mendapat undi yang tidak sangat jauh berbeza.Namun itulah demokrasi pimpinan Barat.Walau 1 undi pemenang adalah tetap Sang Pemenang.Jelas dan ketara sekali akan kelompongan sistem demokrasi dokongan kita bersama ini.
Bukan 1 tugas yang mudah bagi sang ketua untuk menarik sokongan pemimpin2 bawahan ini di bawah kepimpinannya.Apapun segala-galanya terletak pada akal-budi dan tindakan sang ketua.Lagipun hati manusia itu Allah Taala yang pegang.Kalau betul gayanya InsyaAllah lembutlah hati si fulan tersebut.Apapun saya memang mengharapkan agar Dato Seri Ong Tee Keat memenangi semula jawatan Presiden MCA.Beliau seorang pemimpin yang kental dengan prinsip dan sanggup menongkah arus.Walaupun Soi Lek juga bagus tetapi nama beliau sudah tercemar dan beliau sepatutnya sejak dari awal lagi berundur dari arena politik.Saya dapat menghidu bahawa Ong Tee Keat ini tidak berapa disukai oleh banyak pihak dalam UMNO mahupun MCA lantaran sifatnya yang "lurus".Saya pernah terbaca dalam Utusan Malaysia di ruangan yang dikendalikan Awang Selamat mencadangkan agar Tee Keat berundur,antara lainnya Liow Tiong Lai dicadangkan mengambil alih.Sifat Tee Keat ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan Anwar ibrahim,tidak ada kompromi dengan penyelewengan.No Cover-Up!Kalau kawan sendiri buat salah pun tetap akan diheret ke muka pengadilan.Sikap sebeginilah yang tidak disukai kebanyakan manusia bukan hanya di Malaysia di mana-mana pun.Moga-moga Tee Keat menang dalam pemilihan 28 Mac ini seterusnya membantu agenda transformasi kerajaan oleh PM Najib.
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment