10/4/2010-PRK Hulu Selangor-Kelebihan di pihak PR
PR nampaknya pasti meletakkan zaid ibrahim sebagai calon.PR bertuah kerana tidak boleh dituduh perkauman kerana tokoh politik besar zaid ibrahim itu dipersetujui bersama bahawa beliau mesti diletakkan di parlimen.Tidak timbul isu kuota di pihak Pkr.Tidak timbul persoalan kenapa tidak diletakkan calon bukan Melayu kerana aura zaid ibrahim mengatasi segalanya.
Namun sebaliknya bagi BN.Parlimen Hulu Selangor telah sekian lama diperuntukkan untuk kuota MIC.Ironinya kawasan itu dibentuk oleh hampir 54% daripada 63,000 pengundi berdaftar adalah kaum Melayu.Inilah dilema BN.BN pastinya risau sekiranya kerusi parlimen ini tidak mampu direbut kembali daripada PKR lantaran ada desakan dari akar-umbi yang mahukan UMNO bertanding bukan MIC.
Namun UMNO terikat dengan semangat kesetiakawanan Barisan Nasional.Apa gunanya menang 1 kerusi parlimen tapi hilang kepercayaan dan menimbulkan kejengkelan di hati rakan parti komponen kata mereka.
Sama-sama kita nantikan
Thursday, April 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment