About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Friday, February 5, 2010

Viva Forever Perak`s United Malays National Organisation

Pada 9 Feb ini Mahkamah Persekutuan akan mengisytiharkan keputusan kes Nizar lwn Zambry dan maka terjawablah teka-teki pihak mana merupakan MB dan Kerajaan Negeri Perak yang sah.Saya sebagai seorang Melayu yang tipikal tentunya mengharapkan kepimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir kekal sebagai kerajaan yang sah.

Kudeta oleh UMNO tahun lalu itu walaupun menyalahi etika tetapi UMNO hanya mengaplikasikan Teori Rampasan Kuasa yang dimajukan oleh Saudara Anwar.Nasib la siapa siapa yang kena.Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak telah bertindak mengikut batas2 kuasa yang diperuntukkan.Datuk Seri Nizar sendiri telah melakukan kesilapan besar dengan "menerima baik" akan kemasukan Adun Bota ke dalam Pakatan Rakyat yang pada akhirnya tindakan beliau itu telah backfired.

Sewajarnya beliau istiqomah dengan pendirian DAP yang mengecam keras akan perbuatan melompat parti.Nah,kini beliau telah hilang asas2 moral untuk menghentam habis-habisan rampasan kuasa oleh UMNO.Kesilapan kedua PR di Perak adalah mereka tidak patuh akan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak sehingga Karpal Singh sendiri mahu mengemukakan saman terhadap Baginda.Tindakan kurang bijak sebegini sebenarnya tidak memberi sebarang mileage kepada PR sebaliknya memberi imej buruk kepada mereka.Sekiranya PR sabar,mereka akan membiarkan rampasan kuasa berlalu dengan licin.Secara automatis simpati rakyat akan berada di pihak PR.Ini akan memberi pulangan besar kepada PR dalam jangkamasa panjang.

Tindakan PR yang melakukan "short selling" dengan mempertikaikan keputusan Sultan Perak hanya merugikan mereka.Ramai orang Melayu yang berasa sakit hati apabila kuasa Sultan dicabar.Sudahlah komposisi kaum dalam PR yang tak seimbang membuatkan Orang Melayu gayat.Walaumacammanapun di pihak BN juga ada beberapa yang tidak kena terutamanya kenyataan yang keluar dari mulut Datuk Seri Dr. Zambry.Beliau pernah menyifatkan perjuangannya seumpama Nelson Mandela.hehe Mungkin media tersilap petik kenyataan beliau.

Namun pada 1hb Feb beliau mencabar 28 Adun PR di Perak mengosongkan kerusi masing2 demi untuk menguji populariti PR di hati rakyat.Tidakkah cabaran ini tidak berasas kerana Adun yang meletak jawatan akan hilang hak untuk bertanding semula.Hujah beliau yang mengatakan sekiranya kepentingan parti lebih penting dari individu adalah sangat tidak relevan dalam konteks permasalahan ini.Nampaknya Dr Zambry perlu berhati-hati dalam membuat serangan di lain kali.

Saya menaruh harapan yang tinggi agar UMNO Perak mampu melakukan transformasi ke arah lebih cakna kepada rakyat.Telah hampir 30 tahun UMNO di Perak ini menikmati pemerintahan yang lancar tanpa ada sangat gangguan dari pembangkang.Moga-moga dengan wujudnya pembangkang yang ultra-gagah akan membangunkan sesetengah pemimpin Umno yang lena diulit mimpi duniawi.

0 comments:

Post a Comment