Tahniah kepada Datuk Dr Zambry Abdul Kadir kerana telah berjaya mengekalkan kerusi MB nya setelah Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keputusannya 9 Feb lalu.Kudeta oleh BN di Perak itu tidak menjadi kesalahan dalam kamus politik.Namun kita perlu jujur,hasrat dan aspirasi rakyat Perak tidak condong kepada BN,sekurang-kurangnya buat masa ini.DUN Jelapang misalnya jelas para pengundi bengang dengan Hee Yit Fong.Behrang dan Changkat Jering itu kita tidak pasti.
Tapi apa pun politik tetap politik.Kalau kita tidak licik kita akan diracik-racik.Kepada PKR,DAP dan PAS terimalah keputusan penghakiman panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan.Pilihan Raya Umum ke 13 bukan lama lagi.Harus barang diingat barisan pembangkang yang kuat adalah sangat penting.Banyak pelajaran yang boleh diambil daripada peristiwa bersejarah ini.
Pertamanya Orang Melayu perlu sedar bahawa ugutan parti politik tertentu yang mengatakan bahawa sekiranya tidak mengundi mereka maka tunggulah akan hak2 keistimewaan Orang Melayu akan terhapus adalah khurafat paling besar.Sultan mempunyai kuasa yang sangat besar dalam melindungi hak keistimewaan ini.Sultan bukanlah berfungsi cuma sebagai simbol sebaliknya adalah Ketua Negeri yang berkuasa di bawah lunas2 perlembagaan.Kedaulatan Raja-Raja Melayu mesti dihormati oleh semua warganegara Malaysia.
Keduannya BN perlu memikirkan 2013 nanti apakah BN masih mendapat sokongan rakyat untuk terus memerintah.Kita tidak sangsikan sokongan kaum Melayu.Kaum India pun nampaknya semakin beransur-ansur kembali ke pangkuan BN.Tapi yang menjadi masalahnya dengan kaum Cina.Mereka nampaknya menjadi pengikut totok DAP.Hal ini adalah amat membimbangkan.Wakil kaum Cina dalam parti pemerintah di Negeri Perak ini hanya seorang saja iaitu Dr Mah Hang soon.
Dunia politik Perak sememangnya berwarna-warni dan beraneka ragam sejak permulaan kurun ke 20 lagi.Bumi yang kaya dengan bijih timah ini telah melahirkan ramai tokoh2 politik terutamanya yang berhaluan kiri.Duku dada-dada akhbar dipenuhi dengan berita2dari silver state ini.Cuma sekarang saja Perak senyap sunyi sehinggalah terbitnya fajar 8 Mac 2008.
Tuesday, February 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment