Saya setuju dengan hujah saudara MSO yang menyebut bahawa Najib seharusnya membiarkan saja Anwar,itu lebih gentleman.Memang sepatutnya begitu tetapi malangnya isu liwat ii ini seolah-olah menjadi peluru balas Najib terhadap Anwar yang sejak 2007 begitu bersungguh-sungguh cuba untuk mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya.
Dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh Ogos 2008 isu liwat ini dijadikan carpet bombing strategy.Najib adalah pengarah kempen BN pada pilihan raya kecil tersebut.Tetapi keputusan PRK tersebut tetap memihak kepada Anwar. Anwar akhirnya tetap gemilang tetapi Najib yang malang.Najib seolah olah bukan menjadi dirinya sendiri bila berhadapan dengan Anwar.Kita kenal Najib sebagai seorang yang play-save,penyabar dan bo-layan terhadap khabar angin yang menyelubungi dirinya.Kita kenal Najib sebagai seorang politikus yang gentleman.
Sepatutnya beliau sebagai Pengarah Kempen BN dalam PRK Permatang Pauh tersebut wajar memberi arahan tegas kepada petugas kempen agar tidak menyebut langsung tentang isu tuduhan liwat kedua terbabit.Kalaupun isu itu muncul juga di PRK tersebut biarlah yang menimbulkannya adalah pihak PKR sendiri.Jika itu yang terjadi Najib pastinya akan mendapat lonjakan imej.Kawan dan lawan akan "segan" dengan Najib.Beliau akan dikenal sebagai ahli politik yang beretika.
Namun beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menjadikan isu tuduhan liwat Saiful Bukhory Azlan terhadap Anwar sebagai modal politik.Pengakuan bersumpah Saiful atas nama Allah pula dijaja secara besar-besaran.Tindakan sembrono sedemikian seakan-akan tindakan bunuh diri oleh Najib. Apapun saya tidak percaya Najib yang orchestrated konspirasi kali kedua untuk menjatuhkan Anwar ini.Saya membuat spekulasi bahawa ada "tangan ghaib" yang merencana konspirasi bussuk ini.Tangan ghaib ini juga yang bertanggungjawab dalam kes liwat 1998 dulu tapi nama Tun Dr.M saja yang busuk,seolah-olah idea untuk memerangkap Anwar dengan tuduhan liwat adalah semata-mata brainchild dari beliau.Padahal tangan2 ghaib tadilah yang bertanggungjawab terhadap segala-galanya.
Mahathir dan Najib tidak bersalah kecuali begitu mudah terpengaruh dan begitu bodoh kerana mempercayai bulat2 idea busuk tangan2 ghaib tersebut.Persoalannya siapakah tangan2 ghaib tersebut?Kemungkinan besar mereka itu terdiri daripada inner circle dalam pentadbiran tertinggi negara.Kita sedia maklum bahawa Anwar tidak ada sifat kompromi dalam kes penyelewengan kuasa.Sikap sebegini tentunya tidak disenangi oleh pihak2 tertentu.
Analoginya mudah;seorang pengawas di sekolah yang suka report kepada cikgu akan kesalahan2 kawan-kawannya tentu tidak disukai kawan sekelas tetapi menjadi anak emas cikgu.Budak2 yang berdendam akan mengusahakan apa saja untuk mengenakannya.Anwarlah pengawas itu.Najib mungkin terpengaruh dengan idea dari orang sekelilingnya yang menyatakan sekiranya Anwar ke dalam segala-galanya akan mudah bagi beliau sepertimana mudahnya Pak Lah menang besar dalam PRU 2004.
Teori bebal yang mengatakan sesuatu kepalsuan yang diulang-ulang pasti satu saat kepalsuan itu akan diterima sebagai kebenaran tidak boleh lagi digunapakai di zaman maklumat tiada sempadan ini.Rakyat juga majoritinya bijak-bestari dapat menilai auta dan kelentong.Moga yang haq akan mengatasi yang bathil pada akhirnya.
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment