NST pada 4 Feb melaporkan 98,747 pegawai polis berpangkat sarjan ke atas akan mendapat pelarasan gaji di bawah skim perkhidmatan baru.Tahniah la diucapkan kepada Pasukan Polis sekalian.Tak sampai 3 tahun kenaikan gaji terbaharu kini gaji naik lagi.Anda semua memang bertuah kerana Kerajaan Malaysia sangat cakna dan prihatin terhadap kebajikan anda2 semua.
Sewajibnya budi-baik kerajaan ini dibalas dengan perkhidmatan cemerlang dari anda semua.Kerjaya polis memang kerjaya yang hebat kerana kuasanya yang besar.Harus barang diingat "Great Power Comes With Great Responsibility".Dalam menjalankan tugas "akta budi bicara" haruslah menjadi panduan utama setiap anggota polis.Janganlah seorang pakcik tua yang tak berlesen motosikal yang dalam ketakutan teramat melihat roadblock polis di saman beria-ia sedangkan Mat Rempit yang bijak mengelak dibiarkan saja.Rakyat terbanyak mengharap anggota polis menjaga keselamatan mereka.Ayuh tunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ini
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment