About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Friday, February 5, 2010

Martabatkan Bahasa Melayu:Apa Guna Ketuanan Melayu Tanpa Bahasanya.

Sekitar 500 tahun lampau Kesultanan Melayu Melaka kaya-raya dan masyhor seantero hasil dari operasinya sebagai pelabuhan entreport antarabangsa.Para pedagang yang singgah berdagang di Melaka kesemuanya menuturkan Bahasa Melayu demi untuk memudahkan komunikasi sesama mereka yang terdiri dari berbilang bangsa.Mungkin situasi di Melaka inilah yang mendorong nenek moyang kita mengungkapkan pepatah yang lucu tetapi agung"Masuk kandang kambing mengembek,Masuk kandang harimau mengaum!"

Melihat situasi linguistik zaman itu saja kita mampu menelah siapa tuan empunya tanah yang dipijak.Berkalih pula kita ke 300 kemudian.Pada abad ke 18 empayar British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialist yang paling terkehadapan dengan menguasai hampir2 2/3 dunia.Empayar British yang agung itu telah lama berkubur walaupun legasinya berserakan di serata penjuru dunia tapi yang sangat nyata lagi ketara adalah dominasi Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia.Ketuanan Bahasa Inggeris di abad ke 21 ini menjadi lebih ampuh berbanding abad2 yang lepas.

Setelah jauh menelusuri liku2 sejarah ayuh kita kembali ke tahun 2010.Dimana duduk letaknya Bahasa Melayu hari ini?Secara pukal-borongnya tidaklah banyak berubah.Bahasa Melayu masih lagi menjadi medium komunikasi antara pelbagai kaum yang menjadi warga di bumi bertuah ini walaupun di kalangan warga yang berstatus sosial lebih tinggi "segan" untuk bertutur dalam bahasa ini.Kedudukan BM jelas di sisi perlembagaan yang menyebut BM adalah bahasa rasmi persekutuan Malaysia.Namun ironinya ia hanya bersifat teknikal.Kedudukan Bahasa Melayu realitinya sangat kabur.

Kita sewajarnya bersikap realistik dan tidak menipu diri sendiri.Dasar bahasa kita hakikatnya caca-marba malahan lintang pukang.Sekejap ke hulu sekejap ke hilir mengikut arus zaman dan tuntutan pihak2 berkepentingan.Perkara utama yang menjadi kejengkelan jiwa dan pemikiran saya adalah pemberian istilah yang sesuai kepada Bahasa Rasmi Malaysia ini.Dua tiga tahun pakai istilah Bahasa Melayu kemudian ditukar pula kepada Bahasa Malaysia atas alasan demi integrasi kononnya.

Pada hemat saya adalah lebih molek jikalau kata nama "Bahasa Melayu" itu kekal dan bukannya sebagai Bahasa Malaysia kerana ia adalah lebih tepat dan jitu.Ianya tidak rasis kalau hujah integrasi diambil kira.Ianya lebih memupuk integrasi kerana dengan menggunakan istilah Bahasa Melayu,secara langsung kita mengiktiraf bahasa lain yang dipertuturkan seperti Mandarin dan Tamil punya kedudukan tersendiri.Bukankah bahawa Bahasa Malaysia itu secara harfiahnya merujuk kepada Bahasa Melayu,Mandarin,Tamil,Hindi ,Iban,Melanau dll?

Melihat realiti semasa,sekolah vernakular berleluasa dalam sistem pendidikan kita.Pengiktirafan juga sewajarnya diberi kepada bahasa pengantar di sekolah2 vernakular ini sebagai antara bahasa utama di Malaysia .Inilah yang menepati gagasan 1 Malaysia di mana setiap suku kaum saling menang dan mendapat faedah.Janganlah kita terus dogmatik dengan pandangan untuk mewujudkan sekolah 1 aliran kerana yang demikian itu misi mustahil.British dahulu pun tidak mampu merealitikannya.Sekolah 1 aliran tak mungkin terjadi kecuali kita establish semula aliran Inggeris- sekular(chauvinis pasti akan tentang habis-habisan).Dalam realiti situasi semasa tentulah langkah diatas tidak sesuai.

Makanya adalah terlebih baik kita terima saja status quo seadanya.Saya fikir dalam situasi masyarakat majmuk di negara ini apa yang penting adalah menjaga sensitiviti antara kaum.Itu yang paling utama.Perasaan perlu dijaga,ayat mesti power,hina-menghina,rendah-merendahkan mesti dijauhi.Apa yang penting juga bahawa Bahasa Melayu mesti kekal menjadi medium perantara samada secara formal atau tidak.Bahasa Melayu perlu berdiri kukuh sebagai instrumen penyatuan.

Saya yakin kalau sesuatu perasaan itu disemai secara terus-terusan pasti satu ketika akan melekap jua.Dalam masa yang sama pengiktirafan besar yang diberikan kepada Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai antara komponen/juzuk Bahasa Malaysia pastinya akan menimbulkan rasa insaf dikalangan bukan Melayu bahawa kerajaan benar-benar terlalu bertolak ansur dengan aspirasi dan tuntutan mereka.Tidak akan ada alasan dan dolak dalik lagi untuk mereka tidak menerima akan ketuananan dan kedaulatan Bahasa Melayu.Mungkin ulasan dan jangkauan saya terlalu optimis dan naif.Namun percayalah jikalau kita bertolak ansur tetapi dalam masa tetap dengan pendirian segalanya akan baik.Ular menyusur akar tak kan hilang bisanya.What we need now is not just compromy but acceptance!

0 comments:

Post a Comment