About my Blog

But I must explain to you how all this mistaken idea of denouncing pleasure and praising pain was born and I will give you a complete account of the system, and expound the actual teachings of the great explorer of the truth, the master-builder of human happiness. No one rejects, dislikes, or avoids pleasure itself, because it is pleasure, but because those who do not know how to pursue pleasure rationally encounter consequences that are extremely painful. Nor again is there anyone who loves or pursues or desires to obtain pain

Tuesday, February 23, 2010

Dr Asri yang tajam pemikiran tapi tak pandai "mengekang aura".

Siapa Dr Asri?Saya mula mengenali Dr Asri melalui kolumnya di dalam majalah i terbitan Karangkraf tahun 2005 dulu.Tulisan beliau memang menarik.Hujah-hujahnya memang mantap dan kemas.Saya juga pernah melihat Dr Asri berdebat dengan Astora Jabat.

Ramai orang pada masa itu ramai orang menaruh harapan yang tinggi kepada beliau agar muncul sebagai tokoh yang mampu berhujah membersihkan karut-marut dan fahaman serta tafsiran songsang yang mencemarkan agama suci ini.Gaya pembawakan beliau memang hebat tetapi kalau orang tak kenal akan fikir beliau seorang yang poyo!Tetapi itulah,beliau adalah antara manusia yang sejak kecik lagi dah tau bila besar nanti nak jadi apa.Makanya dalam usia belum mencapai 40 tahun pun beliau sudah duduk di tahap tertinggi dalam hierarki birokrasi agama di negara ini.

Walaupun tempoh perkhidmatan beliau sebagai Mufti Perlis tak sampai 1 term pun tapi itu pun dah kira besar rahmat bagi orang seusianya.Tapi ada 1 perkara yang saya kurang senang tentang pembawakan beliau ini.Beliau kalau tak bersetuju tentang sesuatu mesti hentam habis2 dan kadangkala tindakannya melulu.Misalnya beliau pada tahun 2007 secara direct telah menulis surat kepada Jakim mendakwa penulis Faisal Tehrani menyebarkan unsur2 syiah dalam novel bersirinya ketupat cinta dalam Harian Metro.

Sepatutnya beliau mintak la no henpon Faisal Tehrani ni dan slow talk ngan dia,bagitaw apa yang tak betul.Kalau cakap baik2 tak kan la orang nak marah.Kalau marah jugak maknanya orang tu mereng.Sound baik2 pun tak boleh.Surat Dr Asri "terjah" Faisal Tehrani ini telah membuakan sang penulis naik berang.Kan tak pasal2 Faisal Tehrani bermasam muka dengan Dr Asri.Kan sayang tu.Dua intelektual Melayu yang hebat sepatutnya berganding bahu bersatu minda membangun ummah.

Puncanya salah faham je tapi disebabkan nak cepat sangat terjah inilah jadinya.Dr Asri mungkin berpendapat bahawa dalam hal membabitkan penyelewengan dalam agama tidak ada kompromi dan tidak boleh berlembut.Tetapi tidakkah Quran menyuruh kita berhujah dalam cara yang baik?Kadangkala manusia ni walau sebijak mana pun pasti ada satu dua perkara yang mereka akan terlepas pandang.Satu lagi sikap buruk intelektual kita ialah mereka suka sangat kondem orang lain.Pantang ada silap sikit je pasti teruk si polan akan dihambur dengan pelbagai kritikan.Tak boleh ke berlapik sikit dalam mengkritik orang.Apa ingat diri tu hebat sangat ke?Kalau ye pun hebat ada orang lain lagi yang lebih hebat.

Justeru itu tak payah la kita ego sangat.Sepatutnya intelektual yang sudah established ni didik dan bimbing la intelektual muda yang baru nak berputik.Ada paham!

0 comments:

Post a Comment