Salam perkenalan buat sesiapa yang membaca blog ini.Agak terlewat kiranya saya memulakan blog ini berbanding orang lain tetapi lebih baik ada dari langsung tiada.Lagi pula perjalanan seribu tahun bermula dari langkah pertama.
Jika bukan melangkah dari sekarang bila lagi bukan.PM kita Dato Najib baru saja melancarkan agenda negaranya yang terbaharu yakni Program Transformasi Kerajaan(GTP).PM kita yang sorang ni memang workaholic orangnya.Melihat gaya dia bercakap pun sudah boleh membuatkan kita bersemangat.Bila cakapnya dalam nada serius memang terserlah keintelektualan beliau tp kerap kali juga beliau berjenaka dan berseloroh memang tak kalah la dengan Pak Lawak Senario mahupun Si Raja Lawak Nabil hehe!
Berbalik semula kepada program transformasi kerajaan,boleh dikatakan setiap PM yang baru mengambilalih tampuk kepimpinan negara mesti membina rapport yg baik dengan kakitangan awam.Jikalau Tun Mahathir dengan slogan Bersih Cekap Amanah,Tun Abdullah dengan mantranya Bekerjalah Bersama Saya Bukan Untuk Saya kini giliran Datuk Najib pula dengan GTP beliau.Sektor awam memang telah banyak melakukan perubahan positif namun perlu diingat terlalu banyak ruang untuk penambahbaikan.
Kebanyakan kakitangan awam jujur dan komited dengan tugas mereka tapi ada juga yang lebih layak digelar "dead wood".Golongan ini meletakkan kepentingan peribadi di atas tanggungjawab terhadap tugas.Mereka inilah yang selalu menyusahkan rakan sekerja yang lain.Tugas dia tapi orang lain yang kena settle kan.Tidak lama dulu ada cadangan untuk wujudkan VSS di sektor awam tapi ramai yang menentang.Golongan Dead Wood ni VSS lah yang mereka paling takut kerana VSS akan memberi kuasa kepada ketua jabatan untuk memecat orang bawahannya yang suka buat perangai.Soal VSS ini akan diselewengkan itu buku lain.Tapi yang pastinya kaedah stick and carrot memang tak salah digunakan.Dead Wood ni bukan hormat sangat dengan ketua jabatan.Kalau ketua jabatan sound lebih2 sikit je mereka akan balas balik,"Tuan pun makan gaji dengan kerajaan,sama macam saya jugak!Jadi yang Tuan kecoh sangat ni buat apa!"Itulah situasi yang berlaku.
Pada akhirnya yang menerima nama busuk adalah seluruh warga perkhidmatan awam disebabkan puak2 tak sedar diuntung ini.Teringat juga saya bagaimana mantan MB Selangor Dr Khir anugerahkan penyapu pada chief sebuah kerajaan tempatan di Selangor kerana tak perform mencapai target.Saya memang sokong punishment yang kreatif sebegini.Tapi kesian Dr Khir beliau dibalasi dengan ditendang keluar dari ofisnya.Wawasan 2020 tak sampai 10 tahun lagi.Sektor awam adalah tunjang negara.Makanya ayuhlah bangun perbaik diri menuju Malaysia maju 2020.InsyaAllah!
Tuesday, February 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment