Menjadi persoalan di benak saya kenapa hari ini banyak sangat orang mengungkit tentang asal-usul sesuatu kaum.Apakah ini tandanya masyarakat kita sudah mula menyedari kepentingan sejarah kepada diri masing2?Itulah..Tahun 2002 dulu heboh 1 negara pasal lambakan graduan sastera yang tak dapat kerja.Sehingga ada pihak yang bengap mengusulkan kepada kerajaan agar art programs di universiti2 awam di kurangkan atau dimansuhkan saja.
Ramai pihak pandang sebelah mata pada jurusan sastera khasnya sejarah kerana didakwa tiada nilai komersial.Tapi lihatlah hari ini,baru kita sedar betapa pentingnya sejarah bukan saja pada diri sendiri malahan pada sebuah negara bangsa.Dulu kondem la,cakap la macam2 dan kutuk la sesedap rasa.Cakap benda dah lepas buat apa nak diingat lagi. Fikiran dan jalan mesti mau maju ke depan bukan ke belakang.Sebagai manusia sejarah tak dapat dipisahkan dari hidup kita.Barangsiapa yang menolak sejarah bermakna dia juga menolak akan keberadaannya di bumi Tuhan.
Sejarah walau banyak tafsiran boleh dibuat tapi fakta hakiki akan kebenaran sesuatu peristiwa.Kalau asalnya kita ini dari Nabi Adam dikatakan pula asal kita dari seekor beruk nampak sangatlah bengongnya.Sejarah tidak boleh diubah.Kalau anda anak harimau tak kan anak anda nanti anak kambing pulak.
Kepada orang Islam semua saya suka mengingatkan bahawa kita ini banyak tanggungjawab lantaran kerana nasib-baik kita yang lahir2 sudah Islam.Kita wajib berdakwah menyampaikan ajaran agama yang syumul ini kepada seluruh rakyat.Tetapi bukanlah dengan cara jumpa seorang demi seorang dan dakwah secara direct!Mungkin kaedah tersebut kurang sesuai.Giller aper..
Tapi uslub dakwah ni banyak.Yang saya nampak paling mujarab ialah dakwah melalui teladan.Islam itu agama yang tertinggi makanya umatnya juga mesti la tertinggi dalam pelbagai segi.Yang positiflah semestinya.Orang bukan Islam tengok kita pun sejuk hati deme kalau kita tunjukkan akhlak yang mulia seperti mana akhlak baginda Nabi saw.Dari situ la deme akan pandang Islam itu hebat dan sejahtera.
Ini tidak,hari ini kita asik nak marah je.Pantang silap sikit mesti kena tengking.Ape takut,saman boleh bayor.Siapa yang mengajar akhlak sedemikian tak tau la saya.Sedangkan Islam itu sangat mementingkan hujah ilmu dan bukti2.Bukan terus keluar senjata je kalau ada sesuatu yang tak puas hati.
Saya berani kata non-muslim di negara ini sedar Islam itu hebat dan mulia.Buktinya saya sendiri banyak kali kena sound dengan member yang bukan Islam.Deme cakap,"orang Islam mana bole bikin ini macam,Lu semayang punya orang ini macam bikin ka?"Di situ kita nampak mereka faham tentang Islam kerana Ugama suci ini menganjurkan nilai2 universal.
Jika kita nak berbangga dengan darah keturunan tak ada salahnya kerana dengan bangga dilahirkan dengan sekian-sekian keturunan itu adalah salah satu tanda syukur kepada Allah.Yang menjadi kesalahan ialah memandang orang dari kaum lain itu inferior dari kita.Dalam erti kata lain memandang rendah kaum lain la.Ini sangat salah besar.Islam tegas mengatakan bahawa manusia semuanya sama melainkan taqwa!!
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment